Saturday, 4 May 2013

Operasi Hashmed (Satu Pendedahan Luar Jangkaan)

Sebenarnya kan, aku dari semalam tak sabar-sabar nak keluarkan satu material operasi ni tau.... so telah tiba masanya aku dedahkan. Itu pun setelah aku berfikir panjang-panjang dengan kawan-kawan yang tolong aku crack dokumen rahsia ini. YANG PALING BEST NYER KORANG PASTI akan dapat tangkap dengan jelas operasi ni siapa yang punya... INI BAIK PUNYA MATERIAL.

Kalau aku jual pun bagus. Tapi aku bukan macam tu.!!!

Cuba korang klik gambar ni untuk baca...

Aku dapat dokumen ni daripada dalam beg individu yang hadir dalam taklimat Ops Hashmed.... nama orang tu rahsia lah sebab kalau aku dedahkan nanti korang tau pulak siapa yang duduk sebelah dia.


Aku tengok macam tulisan German da...

It took us almost two months nak crack kandungan surat ni. Serius, kami selesai buat benda ni pada tarikh 2hb February 2013. Susah yer sebab kita tak faham code rahsia ker benda yang haramjadah nie guna.

so apa kami buat.... 

Kita orang bulatkan huruf yang terbanyak untuk mendapatkan huruf "A". Kemudian kami buat research la bagai... 8 orang yang terlibat nak decipher dokumen ni dengan pelbagai formula yang dicuba.

Lepas tu nak agak pulak benda ni in English ker Bahasa Melayu? so akhirnya kami dapat sambung-sambung kan huruf jadi satu perkataan dan bermula lah kerja senang kami lepas nak crack cipher benda ni. Antara 8 orang yang buat ni ada seorang pengamal Radio Ametur, so dia yang banyak bagi idea sebab banyak pengalaman belajar code antarabangsa.

JENIS DECIPHER : Atbash

Apa itu Atbash Cipher? ia adalah sejenis kod yang digunakan oleh ****** untuk digunakan masa time darurat negara dia dulu. Senang jer... tengok ni dan cuba faham, sebab dia senang jer sebenarnya;
Huruf A adalah Z, huruf B adalah Y, huruf C adalah X dan seterusnya. Berikut adalah ringkasannya;

A=Z
B=Y
C=X
D=W
E=V
F=U
G=T
H=S
I=R
J=Q
K=P
L=O
M=N

Senang betul tak? so apa yang kami dapat translate? lihat dibawah ini....!!!

Aku rasa macam serupa yang blogger dah dapat dedahkan sebelum ni, cuma aku rasa ini yang original document... sebab ayat dia lain sikit dan term yang di guna untuk jenis petugas tu nampak lebih real. Yang dah main kat internet tu rasanya yang mana mereka dapat catitan yang bocor dalam briefing dalam jentera agaknya... tapi dokumen ini dapat mengaitkan kewujudan KUASA ASING.

Operasi Hashmed
(Hashmed dalam bahasa Yahudi bermaksud "MUSNAH")

PERINGATAN PENTING: Semua unit hendaklah membaca dengan teliti dan bincang dalam kumpulan di antara unit-unit yang terlibat dalam operasi ini. Dokumen ini adalah untuk latihan dan perlu di serahkan semula kepada urusetia selepas taklimat ini.

KUMPULAN BUBAR

Kenalpasti dan tandakan kawasan-kawasan strategic untuk dirikan bilik gerakan. Halang jentera BN daripada mendirikan bilik gerakan mahupun memasang bendera, berkeras dalam menjaga kawasan dan beri mereka tekanan. Gunakan penguatkuasa untuk beri tambahan tekanan ke atas mereka dengan cara membuat laporan kepada Majlis Bandara dan seumpamanya. Sekiranya BN mendirikan khemah, robohkan dalam masa 12 jam pertama. Buat kain rentang dan sepanduk yang berbaur provokasi dan buat laporan kepada pihak berkuasa tempatan dengan menuduh mereka. Dapatkan bekalan risalah dan handbill daripada stor utama untuk diedarkan ke setiap pintu rumah dan di stesen-stesen bas dan LRT. Dekati dan pengaruhi orang-orang di Masjid dan Surau untuk memberi kerjasama dengan kita.

KUMPULAN CALON

Naikkan amarah jentera mereka dengan membawa kain rentang memburukkan Kerajaan BN dan gunakan pembesar suara untuk membuat sorakan yang bising dan berterusan. Arahkan Patrol Semarak untuk cetuskan ketegangan dengan melemparkan beberapa objek untuk menaikkan amarah mereka. Pastikan anda berdiri didalam kumpulan besar yang terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak. Pastikan keselamatan kanak-kanak yang menyertai kumpulan ini namun nampakkan seolah-olah tindakan mereka yang sedang marah membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut. Keselamatan calon adalah antara yang perlu diambil kira, pastikan Patrol Sayap Hijau cukup ramai untuk mengiringi calon ke pusat-pusat penamaan calon.

KUMPULAN UNDI

Pastikan anda menaikkan pondok panas berdekatan dengan pondok mereka dengan tujuan untuk menunjukkan keyakinan kita dan dalam masa yang sama berpeluang untuk meraih undi di saat-saat akhir. Dekati setiap pengundi yang lalu dan memujuk mereka untuk memangkah kita dalam masa yang sama lakukan provokasi kepada kumpulan peraih undi BN sorakan dan teriakkan yang melampau. Gunakan risalah-risalah Final Say yang akan menunjukkan kejahatan pemimpin BN kepada pengundi.

KUMPULAN BLACK OPS

Kenalpasti ahli-ahli, jawatankuasa dan pemimpin-pemimpin BN yang kecewa dan bawa mereka ke Pusat Gerakan untuk di beri taklimat, gunakan nama mereka untuk mewujudkan ketegangan diantara pemimpin-pemimpin BN yang lain. Dapatkan stok risalah BOM daripada stor utama untuk ditabur secara banyak dan meluas pada hari terakhir.

KUMPULAN DEMO
Kumpulan Demo terdiri daripada gabungan semua kumpulan operasi untuk bersedia membuat bantahan kepada SPR sekiranya kita kalah. Bangkitkan isu pengundi hantu dengan tegas. Unit media perlu pos gambar demo dalam masa sejam.

JADI APAKAH BENDA YANG PALING MENARIK YANG KAMI DAPAT....!!!!!!!

Cipher jenis ATBASH ini digunakan oleh Tentera bangsa YAHUDI!!!! So.... Foreign Power intervention is in motion?????!!!!! This is crazy.

No comments:

Post a Comment