Thursday 2 May 2013

Rahim Ghouse menjadi antara pemegang kunci/amanah menjaga harta Anwar di luar Negara?


Kadang-kadang, penulis blog ini rasa nak ketawa tengok gelagat Anwar melompat dalam mempertahan isu kononnya dia tidak pernah MENGARAHkan sebarang transaksi yang melibatkan dana yang besar sewaktu dalam Kerajaan.

Anwar masih lagi mahu mempertahan pandangan bahawa dia adalah maksum, sangat bersih, tidak rasuah, putih dan tidak cacat dengan sebarang masalah pada zaman dalam Kerajaan.

Terus terang, siapa yang tidak kenal Anwar sewaktu dia dalam kerajaan..? Anwar TPM..., Anwar Menteri Kewangan. Luar biasa kuasa yang ada pada Anwar....!

Yang lebih menyeronokkan Anwar adalah bagaimana Tun Mahathir, sangat mempercayai dan membenarkan sahaja apa sahaja perancangan yang dibuat oleh Anwar. Alasan Anwar kepada Tun; dia memerlukan BAJET yang cukup bagi menjaga kepentingan UMNO. Benarkah begitu..?

Hari ini, Anwar adalah individu pertama yang menyerang IPP kononnya sebagai projek yang MEMBEBANKAN rakyat....! Anwar lupa agaknya, bahawa dia adalah indvidu yang paling awal mendapat REZEKI yang tidak pernah putus daripada projek IPP. Anwar lupa..?
Lumut Power Plant and also known Segari Power Plant is a combine cycle power plant. Owned by Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV), a subsidiary company of Malakoff Berhad. Located at Mukim Pengkalan Baru, District of Manjung in Lumut Perak with 80 acre site on old tin mining land.

It is located 30 km from Manjung Coal Fired 3X700 MW Power Plant which owned by Tenaga Nasional Berhad. Segari combine cycle power plant is designed with net output 1,300 MW power generation making it is the biggest gas fired power plant in Malaysia.
Biar blog ini ingatkan Anwar tentang ‘Segari Plant’ di mana Anwar berjaya mendapatkan RM100 juta pertama dalam hidupnya...!

Seterusnya dana RM100 juta itu disebarkan di beberapa akaun asing di Hong Kong, Singapura, Amerika dan lain-lain. RM100 juta pada tahun itu, sama nilai agaknya dengan RM500 juta pada masa sekarang. Mewah Anwar....!!

Sebenarnya, Anwar yang kita kenal hari ini boleh hidup tanpa sebarang masalah sehingga generasi ke 15. Tak ada masalah... Kalau gunakan ‘bunga’ sahaja, mereka boleh hidup mewah di mana-mana sahaja di dunia.

Hakikat bahawa Anwar ini adalah seorang yang sangat KORUP pernah dibangkitkan oleh seorang Ahli Politik UMNO bernama – Astaman Abdul Aziz, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Astaman kenal sangat dengan Anwar, kerana Anwarlah yang telah membeli Segari Plant melalui proksi dengan harga RM180 juta. Yang dapat kepada Astaman dan seorang lagi Director hanyalah RM80 juta. Selebihnya...? Bakinya diarah untuk diberikan kepada Anwar. Lesen Segari Plant ini akhirnya menjadi modal Anwar untuk mendapat RM100 juta yang pertama dalam hidupnya.
Setelah mendapatkan lesen daripada Astaman dengan harga tersebut; usaha pembinaan Segari memakan belanja lebih RM1bilion. Dikhabarkan kepada Tun Mahathir (PM ketika itu) bahawa Anwar meminta RM400 juta sebagai ‘komisyen’ daripada projek Segari.

Apabila ditanya – Anwar mengatakan dia memerlukan wang untuk memastikan UMNO akan terbela dan terpelihara dengan baik apabila tiba masanya untuk Tun M berundur. Kerana terlalu percaya, Tun M setuju.

Bayangkan, untuk IPP Segari sahaja, Anwar mencatatkan keuntungan ‘atas angin’ hampir RM500 juta.

Boleh Anwar nafikan ini...? Boleh Anwar nafikan bahawa Rahim Ghouse menjadi antara pemegang kunci/amanah menjaga harta Anwar di luar Negara?

Harap Astaman berani tampil dan terangkan bagaimana urusniaga Anwar dilakukan sewaktu dia masih berjawatan dalam UMNO dan kerajaan.

Anwar bersih...? Pigi dah…!!

Hari ini, duit bunga dan komisyen Segarilah yang digunakan Anwar untuk menampung dana PKR, PAS dan DAP.

1 comment: